Manfaat Susu Kambing Asli

Kebaikan dan Manfaat Susu Kambing
 
Fakta 1: Susu Kambing Bersifat Alkali

Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.


Fakta 2: Susu Kambing Mudah Hadam

Susu kambing mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastrik.

Fakta 3: Alahan Laktosa

Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit birit dan alahan kepada susu lembu dan susu tepung.


Fakta 4: Susu Kambing Mengandungi Asid Lemak Yang Baik

Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.


Fakta 5: Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir

Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.


Fakta 6: Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.


Fakta 7: Susu Kambing Kaya Dengan Bahan Bioorganic Sodium

Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).


Fakta 8 dan seterusnya: Susu Kambing, Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit lelah, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga mengandungi faktor anti barah.