APA YANG PATUT ANDA TAHU.....
Selalunya, apabila menyebut susu,kita sering membayangkan susu lembu. Padahal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya lebih kecil
Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing tidak kalah dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan “panas”. Hakikatnya , susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah,jantung dan banyak lagi. Tapi berapa peratus kaum muslimin seluruh dunia tahu akan manfaat susu kambing?.
Rasulullah sendiri mengamalkan susu kambing dan juga baginda adalah pengembala..Kalau Rasulullah mengamalkan susu kambing,kenapa kita orang islam tidak? Tokoh-tokoh Islam terdahulu juga telah mengamalkan sunnah Nabi ini seperti Ibnu Sina,Al-Khawarizmi dan banyak lagi..Insyaallah..
Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. pun mengamalkannya, mengapa tidak kita? Marilah kita hidupkan kembali SUNNAH RASULULLAH dimana Baginda suka minum susu kambing,kambing merupakan binatang yang penuh barakah yg ditinggal-tinggalkan orang, seperti satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Ubaidah bin Atoq, Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Barakah yg ditinggal-tinggalkan orang" Kita sedia maklum kebanyakan Rasul-rasul dan Nabi-nabi semuanya pernah menjadi gembala kambing dan tentu ada Hikmah disebaliknya yang hanya ALLAH SWT sahaja yg Maha Mengetahui.
Kajian yg dijalankan oleh pasukan kajian dibawah Dr.Javier Diaz Castro,Jabatan Fisiologi ,University Granada mendapati susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan badan jika dibandingkan dengan susu lembu.Antaranya ialah menolong mencegah ferrponic anaemia(kekurangan zat besi),tulang rapuh dan mencergaskan minda anak-anak.
SEJARAH SUSU KAMBING
NABI ADAM
Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.
NABI IBRAHIM
Merupakan penternak kambing yang agong.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing- kambingnya.Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.
NABI ISA
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.
NABI MUHAMMAD SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith)
Dipetik dari Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com.
Peristiwa Israk Mikraj
Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (“minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”).
Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.
Dinasti China
2,500 tahun dahulu puteri-puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing.
Hindu
Masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan:
-Meningkatkan Daya Ingatan
-Ketahanan Badan
-Amalan Perubatan
Salam susu kambing sy nk beli..blh pos tak ke kl?sy nk 50 botol 250 ml
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya dari Perak berminat nak membeli susu kambing 1 liter sila pm saya ya di 0107755716
ReplyDelete